Fitnah datang kerana kata-kata
Kata-kata dilafaz oleh lidah
Lidah menutur kerana hati
Hati orang yang memfitnah,
adalah dari hati-hati yang busuk
Kata-kata dilafaz oleh lidah
Lidah menutur kerana hati
Hati orang yang memfitnah,
adalah dari hati-hati yang busuk

Senario hasad dengki dan busuk hati bukan sesuatu yang ganjal lagi. Malah semakin hebat dan popular dilakonkan semula di layar perak menyokong lagi situasi seperti ini memang benar-benar terjadi. Lebih menyedihkan lagi, fitnah ini dimuntahkan ke atas saudara seislam kita..renungkanlah korang, bukankah kita seharusnya menyokong satu sama lain dan bukan saling menjatuhkan?
Contohilah Yahudi
Nauzubillah. Bukan kerana kekufurannya tetapi semangat sejagat mereka. Biar susah bagaimanapun mereka, mereka tidak akan menyumbang untuk agama kita iaitu agama Islam. Malah mereka sanggup menyusahkan diri mereka sendiri demi membantu bangsa dan agama yahudi mereka sendiri. Kan baik jika kita umat Islam pun begitu?
Kita diharamkan fitnah sesama sendiri kerana ini merupakan perbuatan mengadu-domba yang boleh menyebabkan permusuhan antara beberapa pihak. Apabila wujudnya permusuhan ini, perkara yang lebih buruk akan terjadi iaitu keruntuhan institusi kemasyrakatan dan sekaligus merosakkan ukhuwah islamiah. Kan tak best macam tuh...korang mesti familiar sangat dengan ayat Allah yang berbunyi:
“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (al-Baqarah: 191)

kalau bunuh tu pun dah dikategorikan dalam dosa-dosa besar apatah lagi memfitnah..lebih-lebih dahsyat lagi. Jadi, dosanya pun mestilah berganda-ganda juga kan...takut memikirkan azab kat neraka nanti...
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
hmm...jadi dengan ini, i pun peringat diri i dan korang semua supaya beringat-ingat semasa berborak-borak, bergosip-gosip dengan kawan-kawan tu kan..janganlah sampai kita salah corner dan menabur fitnah..kerana sesungguhnya godaan musuh Allah ada sahaja di mana-mana untuk menjatuhkan kita. Bercakaplah perkara-perkara kebaikan sesama kita untuk kejayaan dunia dan akhirat ye...;)
hmm...jadi dengan ini, i pun peringat diri i dan korang semua supaya beringat-ingat semasa berborak-borak, bergosip-gosip dengan kawan-kawan tu kan..janganlah sampai kita salah corner dan menabur fitnah..kerana sesungguhnya godaan musuh Allah ada sahaja di mana-mana untuk menjatuhkan kita. Bercakaplah perkara-perkara kebaikan sesama kita untuk kejayaan dunia dan akhirat ye...;)
p/s: mintak maaf kat kawan-kawan yang pernah i sakiti secara sedar ataupun tidak kerana i juga hidup dengan kelemahan....
4 comments:
salam, setuju...smg diri ni jauh dr sgala fitnah dan memfitnah..:)
betul! paling x suke ada member fitnah2 ni. tak puas ati, cakap direct la. fitnah2 plak. haish!
entry yg menarik..
maaf, dah byk hari tak singgah sini..
=)
thnks sume..jom kita hindar fitnah...
Post a Comment