Anak perempuan yang lahir itu ditatang bagai minyak yang penuh, tiada segenap rasa lelah yang lahir dalam diri Kamarul sepanjang dia membesarkan Suhana. Suhanalah segalanya, dia akan melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya itu.
Umur Suhana baru mencecah 1 tahun. Ditimang-timang anaknya itu dengan tawa yang tidak pernah surut. Kek, makanan, parti semuanya ditempah khas untuk Suhana tersayang. Indahnya kenangan waktu itu. 'Papa sayang Hana sangat-sangat...' bisik hati Kamarul sambil mencium pipi Suhana yang berada di pangkuannya.
"Papa!Papa! Tengoklah Hana dapat apa.." Suhana berlari-lari masuk ke dalam rumah sambil menggenggam sehelai kertas di tangannya. Kasutnya juga ditanggalkan tergesa-gesa. Kamarul bangkit dari kerusinya dan segera menyambut Suhana yang lompat ke dalam dakapannya. Girang sungguh Suhana hari itu!
"Yes anak papa, tell me how many A's u get sayang?"
"I give you staright A papa..." Senyum Suhana memang menawan. Waktu itu baru darjah 6, namun sungguh senyuman itu tidak mampu Kamarul lupakan.
"Papa sayang Hana sangat-sangat" Kamarul menyebut dengan penuh bermakna.
'Teet. Teet. Teet.' Sudah masuh message ke-3 yang dihantar Papa kepada Suhana yang sedang sibuk belajar untuk peperiksaan SPM. Dibuka dan dibacanya di dalam hati:
'Girl, jaga makan, jaga diri, study baik2 ye syg...Papa sayang Hana sangat"
Suhana tersenyum. Inilah kali pertama dia berpisah dengan papa nya kerana dia berjaya mendapat peluang untuk menyambung pelajaran di MRSM dan terpaksa duduk di asrama. Lantas dia pantas mendail nombor papa nya dan hanyut di dalam bualan diselangi gelak tawa seperti hari-hari yang lepas.
Suhana kini seorang doktor. Walaupun pada ketika itu dia sudah pun berumur 24 tahun tetapi dia masih tinggal sebumbung bersama ibubapanya. Bukan dia tidak mampu berdikari tetapi kesihatan papanya yang semakin meruncing memberatkan hatinya untuk tinggal berjauhan, papanya tidak akan makan dan bangun dari katil jika bukan Suhana yang melayannya. Kamarul sebenarnya sedang menghidap penyakit psikologi yang memerlukan perhatian setiap masa, dia kadang-kadang keliru dengan dirinya dan sering terlupa tentang apa yang pernah terjadi kepada dirinya. Menurut pakar, Kamarul juga boleh ke tahap mencederakan orang apabila dia berada dalam kebingungan dan rasa kehilangan kerana tidak mengenali sesiapa.
Petang itu, Suhana bersama teman lelaki dan ibu bapanya keluar pergi membeli persiapan untuk kenduri tunangnya yang tinggal sebulan sahaja lagi.
"Hana, Hana pergila dulu dengan Faizal masuk kedai baju tu..Mama nak beli air kejap, mama bawak papa ye.."
"Ok ma..meh barang-barang tu, Hana pegang." Suhana senyum dan sempat dicium pipi ayahnya yang hanya berdiam diri sejak tadi, mungkin sedang berada di dalam dunianya sendiri.
Baju-baju di dalam kedai itu semua cantik-cantik belaka. Faizal adalah lelaki yang baik, sabar dan menerima sahaja segala kelemahan dan kekurangan pada nya dan papa. Dia sanggup menjaga papa seperti ayahnya sendiri.
"Cantik baju ni Hana, purple suits you dear.." Tiba-tiba suara mama mencecah kelekaan Suhana yang sibuk memilih. Suhana hanya tersenyum dan pandang ke arah mama sambil mencari kelibat papanya. Namun, tiada.
"Papa..." Badan Suhana sudah seram sejuk, darah terasa menyerbu naik ke mukanya. Barang-barang di tangan habis semua terlepas. Dia berlari-lari di sebalik orang ramai tanpa memikirkan yang lain-lain. Pelanggaran dengan orang sekeliling juga sudah tidak dipedulinya lagi. Mindanya sarat dengan papa. Bagai orang gila dia tatkala itu. Laungan ibu dan Faizal yang memanggil dan mengejarnya sudah tenggelam di sebalik kesibukan tempat membeli belah itu.
Ketawa papa, suara papa, usapan papa, pelukan papa menghantui Suhana. 'Papa sayang Hana sangat-sangat'. Matanya menangkap papa yang sedang berdiri dikelilingi orang ramai. Papa nampak sangat keliru dan berjurai air mata. Suhana laju berlari ke arahnya, namun disekat oleh seseorang. Lelaki itu menarik Suhana supaya tidak mendekati papa nya kerana papa nya dalam keadaan berbahaya.
"Lepas! Lepas! He's my father!" Suhana menumbuk-numbuk tangan lelaki itu supaya melepaskannya. Pegangan terlerai, Suhana semakin mendekati papanya..Tatkala dia menyentuh bahu papanya, dia segera memeluk Kamarul.......
'papa.....' Lemah suara Suhana semasa memeluk Kamarul.
Suhana layu, semua mata tertumpu padanya..."Hana!!!!!!!!!!!!!" Mamanya menjerit kuat dan segera lari mendekati. Faizal pantas menyambut Hana dari tumbang, kepala Hana kemas diletakkan di pangkuannya.
Darah mengalir laju tanpa segan silunya. Membasahi habis segenap jalan itu. Pisau di perut Suhana tegak mencengkam. Kamarul yang masih kebingungan hanya memerhatikan kejadian itu tanpa bahasa. Suhana senyum melihat papanya, dihulur tangan untuk disambut oleh papa. Kamarul masih keliru, namun digenggam tangan Suhana yang sedang nazak. Dia membalas senyuman Suhana dan mencium dahinya.....
"Papa sayang Hana sangat-sangat....." Air matanya jatuh..Entah kenapa, entah mengapa dia tenang apabila melihat senyuman Suhana di saat kebuntuannya walaupun dia tidak tahu, senyuman Suhana akan mati di sebalik kenangan mereka bersama......
p/s: Abah, i love u.............
8 comments:
adakah ini kisah benar?
salam..
kisah yang sangat menarik...saya menghayatinya...
Huwaa... So sad... T.T
*anies:
nope..dis just a story.......
*anaklaut:
thnx..hehe..i like writing
*joe:
dont be joe..it juz a story..i wish there is no such thing happens in reality
Papa oh Papa...gembira bila diri sendiri dah bergelar papa...
http://eyriqazz.blogspot.com/
thnk u 4 reading mines..i'll visit urs later k
Post a Comment