'Angau' (20) Blogger Tagging (4) Blogging (23) Business (3) Career (4) Celebrity (9) Engagement (4) Experience (21) Family (30) Foooood (14) Foreign Language (2) Friends (11) Hindustan (2) HIV (5) Islam (18) Nutrition (5) Pets (2) Places (17) Pregnancy (4) Products Review (7) Recipe (2) School (20) SHB (1) Short Stories (2) Sports (6) Wealth (11) Wedding (15)

Choose My Season Writing

Friday, December 31, 2010

Handphoneku dan madu-madunya

Salam.......;) cak cik cuk.......lalalala~ (bujet happy jek) wuhu....kawan-kawan, handset saya rosak....uwaaa..asik buat hal jek kebelakangan ini, adakah ini tanda saya perlu beli handset baru? teeeeeetttt! hehe....

Saya ingat lagi memula dulu pakai handset time tuk kaduk dulu adalah ketika umurku 13 tahun...kira form 1 la...so the first handset aku adalah.....jeng jeng jeng:




Samsung ni lah..tapi warna gold..iyer, gold gituuuuu..ni present dari abahku sebab dapat result UPSR best pastuh dapat tokoh pelajar SK Taman Universiti pastuh masuk asrama..ecehhh...konon-konon lama la kat asrama tuh tapi alangkah kejapnye saya di sekolah tersebut....maka, keluarlah saya dari situ dan masuk ke SMK Seri Indah, Serdang...tapi still, dalam aliran arab....oklah kan? ^o^

Kemudian, masa form 2, saya ada seorang kawan yang sedang 'hot' berkapel...ish ish..tau tak, Cik S yang skema ini dulu agak anti 'couple' even dalam hati ade jugak nak try try kan..haha..ok, titik. Maka, al-kisahnya, saya telah mencabar diri saya untuk buktikannya tanpa handset dan boipren, saya akan dapat 9A dalam PMR saya.jadi, form 2 saya telah berhenti guna handset dan bagi kepada ibu saya...Namun, tak panjang usia handset itu dan rosaklah ia.

Sampailah saya tamat PMR dan berjaya dapat 9A..alhamdulillah, dan saya masih single. Tepuk tangan untuk diri saya. Saya tak suka buang masa dengan cintan monyet, cintan beruk, cintan cimpanzi..haha....*over plak. Then kawan-kawan, saya telah ditawarkan ke Maahad Hamidiah, Kajang. Saya tak dapat duduk asrama, jadi saya amat memerlukan handset untuk menghubungi ibu bapa saya kerana waktu balik sekolah yang agak tidak menentu. So, at this time..saya telah memakai handset:




Ini handset mak. mak beli handset baru, lalu diberi kepada saya. Terima kasih mak. Time tuh 2005, kira dah mantaplah handset tuh. Ade screen kaler lagi ok. hak hak...
Lalu, meningkat dewasa lah saya dan sambung study kat Kolej Matrikulasi Johor. Tahukah bahawa kami mendapat RM 1,000 setiap sem? Wahaa....bujet dah kaya gila la time tuh.....maka, saya telah membeli sebuah handset yang berbentuk begini.......




Memang ini adalah handset kesayanganku...first time oo beli sendiri, tetapi sedihnya jodoh kami tak panjang....hurm...handset itu telah jatuh semasa saya mengarah teater kemerdekaan, excited sangat cakap 'action' sampai terpelanting handset itu ke longkang.*ok, ini tipuu..sila jangan percaya...hehe..handset tuh memang jatuh dan rosak screennya. bila antar kedai, saya kene tipu dan langsung tak boleh dibaiki lagi. Ok, tutup citer. So......saya pun memakai handset ini iaitu handset abah saya..bentuknya begini...........




waha......dah berapa kali dah tukat handset kan kan kan......Seriously, bila saya masuk UPM dan mula mendapat biasiswa, darah muda nak kecanggihan hendset semakin menjadi-jadi..ish ish.....asik tukar handset jek.....antara handset dipakai adalah ini............



dan ini



dan ini..............................................


Betapa membazirnya kan? Tetapi.....setelah berjumpa seseorang, saya telah memakai handset di atas ini hampir 2 tahun lebih lamanya.....sebab apa? handset nih ade:

8gb build in memory
-sejak kami couple, saya belum lagi delete di handset ini...yang baru saya cek ada 48, 717 message dari dia untuk saya...wit wittt....:)

3.2 mega pixel cam
-hee...walaupun tak tinggi resolutionnya, tapi hasilnya sentiasa buat saya puas hati

Ada walkman
-sangat praktikal waktu saya berarobik..hiya hiya

Berbentuk flip
-bentuk ini memang kegemaran saya..hee

tapi....................handset inilah sedang rosak!!! uwaaaaaaaaaaaaaa...........saya taknak handset baru dah, kalaulah handset ini boleh elokk, saya akan menjadi lebih gembira tau tau.please handset, awak banyak simpan kenangan kepada saya...sayang awak handphone! huhu.....


p/s: lawa tak handset nih? heee ....;p



No comments: