'Angau' (20) Blogger Tagging (4) Blogging (23) Business (3) Career (4) Celebrity (9) Engagement (4) Experience (21) Family (30) Foooood (14) Foreign Language (2) Friends (11) Hindustan (2) HIV (5) Islam (18) Nutrition (5) Pets (2) Places (17) Pregnancy (4) Products Review (7) Recipe (2) School (20) SHB (1) Short Stories (2) Sports (6) Wealth (11) Wedding (15)

Choose My Season Writing

Monday, March 25, 2013

Reading Quran

Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku -Riwayat Muslim r.a.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Assalamualaikum reader (s)
Dah baca Quran tak hari ni? ;)

Al-Quran (kitabullah terakhir kepada Muhammad saw) adalah selengkap-lengkap panduan selepas Taurat, Zabur, dan Injil


WAJIB KITA BERIMAN KEPADANYA

Cik S saje nak berkongsi antara kelebihan Al-Quran iaitu:

Al-Quran adalah salah satu mukjizat yang masih tinggal di zaman kita ini selepas kewafatan Rasulullah saw. maka bersyukurlah kita dan JANGAN LEKA UNTUK HARGAI PELUANG INI untuk kita menambah baik ibadah dengan membaca Al-Quran.

Sehari kita ada 24 jam..ambillah 5-10 minit untuk membaca Quran dalam sehari, jadilah kan? :) InsyaAllah hati kita akan sentiasa terang dengan Nur dan menjauhkan kita dari kufur dari nikmatNya.

Dear Friends, ketahuilah juga Al-Quran adalah senjata kita yang pertama. Bukan pistol, bukan shot gun, bukan jet pejuang. Allah hadiahkan lagi senjata yang paling mujarab, melimpah ruah, seperti mata air yang tak mungkin kering penuh dengan nur hidayah (petunjuk).


"Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci Al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh Allah dan tidak diapa-apakan oleh perompak" -Wardina

Di dalam Al-Quran juga ilmu tauhid, keESAan Allah sentiasa mengingatkan kita kepada hidup dan mati hanya kerana Allah. Mendidik jiwa kita supaya patuh dan taat ke atas perintahNya. Dengan ini, insyaAllah kita dapat membaiki ibadah kita lebih baik dari hari yang sebelumnya. Konsep ini sangat berguna untuk memimpin kita ke arah jalan yang baik, penuh hidayah untuk bekalan akhirat nanti, InsyaAllah

Jika agama lain bangga dengan kitabnya yang sering bertukar-tukar isi atau 'content'nya..Kenapa kita umat Islam sendiri yang dapat berkongsi mukjizat yang syumul dan tidak berubah sampai bila-bila. Kisah terdahulu yang penuh pengajaran tidak pernah direka-reka, malah meliputi lagi kisah SEBELUM dan SELEPAS penurunan Al-Quran. 

"Ya, Allah, i love Quran.Terima kasih atas hidayahMu yang besar buatku, suamiku, ibubapaku, anakku, adikku, dan umat Islam yang lain"

Berdoalah di mana sahaja, Allah sedia mendengarnya ;)


p/s: Sedih tengok orang mempolitikkan isu kalimah Allah.
= betolkan diri dulu, baru orang lain
=balasan Allah di dunia memang tak rasa, akhirat nanti..nauzubillah
=Allah maha adil, segala yang berlaku ada hikmahnya
=Bertaubatlah,sesungguhnya Allah maha pengampun
*ingatkan diri sendiri jugak nih =D

No comments: