'Angau' (20) Blogger Tagging (4) Blogging (23) Business (3) Career (4) Celebrity (9) Engagement (4) Experience (21) Family (30) Foooood (14) Foreign Language (2) Friends (11) Hindustan (2) HIV (5) Islam (18) Nutrition (5) Pets (2) Places (17) Pregnancy (4) Products Review (7) Recipe (2) School (20) SHB (1) Short Stories (2) Sports (6) Wealth (11) Wedding (15)

Choose My Season Writing

Wednesday, January 1, 2014

Isteri

Assalamualaikum wbt

Azura sudah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga bersama Sufian. Berkat perkahwinan yang suci itu mereka telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, berumur 3 tahun waktu ini. Memandangkan Sufian tidak mempunyai kerja yang tetap, Azura membuat keputusan untuk bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tambahan tinggal di rumah mertua yang agak padat itu, tidak sedap rasanya tidak membanting tulang membantu suami. Susu anak perlu dibeli. Pampers, makan, pakaian..semua berlaga-laga di fikiran Azura. Namun, Azura redha. Hampir 4 tahun bekerja di kedai runcit itu meletakkan Azura di tempat yang agak selesa dengan jawatan Supervisor. Masih teringat keringat Azura semasa sarat mengandung mengangkat besi pintu kedai seberat 40kg pagi dan malam kerana sebahagian dari rutin kerja. Pengorbanan seorang isteri, Allah akan membalas dengan ganjaran pahala yang setimpalnya.

Gembira di tempat kerja tetapi tidak bermakna rumahtangga tidak bergoyah. Allah maha besar, setiap hamba yang disayangi akan diujinya. Sufian kian berubah, tidak semesra dan sehangat dahulu. Hubungan suami isteri juga semakin suram. Puteri kesayangan semakin kurang masa bermanja dengan ibu kerana tuntutan kerja. Duit saku dan belanja sering kering sebelum waktu, namun tetap diusaha dengan membuat perniagaan sampingan dan bermain duit kutu. Walaupun kehidupan peribadi ini sedikit sebanyak memberi kesan di tempat kerja, tetapi Azura tetap dedikasi dalam prestasi kerjanya. 

Sufian semakin kerap memahari dan mencari isu yang remeh untuk bertengkar dengannya. Apa salahku wahai suami? Azura keluh kesah dalam kesedihan. Jasa dan pengorbanannya seolah-olah tiada hasil di mata Sufian. Malah semakin kritikal apabila Sufian sudah mula melepaskan amarah kepada Puteri kesayangan. Merah pipi anak comel itu. Oh Sufian, terkena buatan orangkah kamu?

Maka diusahakanlah oleh ibu mertua membawa Azura dan Sufian berjumpa tok bomoh selang kampung sebelah. (Ya Allah, khurafat semua ini, tapi apakan dayaku. Apalah dayaku?) Sepasang cincin diberi pakai pengikat kasih sayang katanya. Namun, hari berganti hari Sufian tetap tidak berubah, malah semakin teruk. Azura mula sangsi.Satu malam, apabila Azura pulang ke rumah dilihat banyak botol-botol kosong bekas air ketum di bilik. Dia tahu sememangnya Sufian minum itu sebagai kesihatan dan tambah tenaga. Tiba-tiba Sufian masuk ke bilik dengan mata merah dan muka kusam seperti hantu rasuk lagaknya.

Azura yang kepenatan melenting marah, bertekak suami isteri di malam hari tanpa peduli malu pada keluarga dan jiran. Tiada dapat sesiapa melegakan lagi. Tangan Sufian laju terlepas di tubuh Azura. Sedih tak mampu ditulis, lebam dan merah-merah kulit Azura yang bersih mulus. Maka, Azura pun berlarilah bersama ke Puteri ke rumah ibunda sendiri dan mengadu nasib. Lantas, dibuat laporan polis dan Sufian pun masuk ke lokap. Rupanya hasil pemerhatian polis, Sufian sudah lama berada di bawah pengaruh dadah. Alangkah patahnya hati Azura. Masa yang dikorbankan kepada kerja kerana mencari sesuap nasi dibalas sedemekian rupa oleh Sufian. Berbaloikah?

Waktu ini, Azura sedia memohon fasakh. Tekad dan yakin ini jalan keluarnya. maafkan mama Puteri sayang. Mama berhak mendapat sesuatu setelah apa yang mama curahkan.

Tamat.

No comments: